PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA
LAMPIRAN 1.0
PENGENALAN Malaysia mula menceburi secara bersepadu sektor aeroangkasa dengan terbentuknya Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia pada tahun 1997 dengan harapan pembangunan sektor aeroangkasa negara akan menjadi pemangkin pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia (Azmi Hassan, 2002). Komitmen kerajaan dalam memajukan industri aeroangkasa menjadi lebih nyata dengan tertubuhnya Agensi Angkasa Lepas Nasional (AALN). Agensi ini yang kini diterajui oleh Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang sains angkasa dijangka memainkan fungsi dengan lebih aktif dalam menentukan dasar dan arah tuju industri aeroangkasa. Malaysia juga berhasrat untuk membangunkan pusat angkasa yang akan mempunyai pelancar satelit. Usaha ini juga adalah demi kepentingan pertahanan negara. Selain dari memajukan industri pembangunan satelit, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan juga akan membuka peluang untuk memajukan industri aeroangkasa yang lain seperti bidang penyelidikan dan pembangunan, industri sampingan, aplikasi dan khidmat profesional. Oleh itu, kefahaman mengenai teknologi satelit perlu dipupuk sedari awal lagi kepada generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang supaya mereka dapat merealisasikan hasrat kerajaan ini. Pendidikan merupakan kunci ke arah merealisasikan hasrat ini. Golongan pendidik perlu terlebih dahulu didedahkan kepada penggunaan teknologi satelit dalam pendidikan sebelum mereka dapat mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Satelit merekod maklumat berkaitan dengan permukaan bumi dan atmosfera secara berterusan, dan menghantar sejumlah besar data (gigabait setiap hari) kepada pusat pengumpulan dan penyimpanan data. Imej-imej dari satelit ini sangat berguna untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik kerana menggunakan data-data yang sebenar, bukannya bergantung semata-mata kepada buku teks yang ketinggalan masa kerana terdapat antara kandungannya hanya relevan untuk suatu tempoh yang tertentu sahaja. Adalah menjadi satu kerugian sekiranya pelaburan yang bernilai berbilion ringgit ini tidak dimanfaatkan secara sepenuhnya.
Satu perkara yang menjadi kesulitan kepada para pendidik ialah mekanisme
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bersumberkan imej-imej
satelit. Ini adalah kerana belum ada sebarang program kerjasama
antara golongan pendidik peringkat sekolah rendah dan menengah dengan
agensi kerajaan bagi menumpukan usaha penggunaan sumber pengajaran dan
pembelajaran dari satelit secara berterusan. Satu bengkel Makrosatelit
dalam Pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Kajian Sains Angkasa
(BAKSA), Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB), Institut Fizik Malaysia
(IFM) dan Mahkota Technologies Sdn. Bhd. (MARTS) pada tahun 17 Disember
1997 hanya memakan masa sehari sahaja dengan penyertaan yang terhad pula.
Oleh itu, kumpulan kami cuba merangka satu rancangan pengajaran yang berkaitan
dengan satelit serta memanfaatkan penggunaan bahan-bahan dari satelit
sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. 2.0
RANCANGAN PENGAJARAN 2.1 Rancangan Pengajaran 1 - Sistem Suria 2.2 Rancangan Pengajaran 2 - Perkembangan Kajian Angkasa Lepas (Teknologi Satelit Buatan) 2.3
Rancangan Pengajaran 3 - Faedah Teknologi Angkasa Lepas untuk Manusia
|
RANCANGAN PENGAJARAN
Mata Pelajaran
|
: |
Sains |
|
Tingkatan |
: |
3 |
|
Masa |
: |
80 minit |
|
Topik |
: |
Bumi dan Alam semesta |
|
Tajuk
|
: |
Sistem Suria |
|
|
: |
Pada akhir
proses pengajaran-pembelajaran pelajar dapat: |
|
i. |
mengenal pasti
dan membuat urutan planet-planet sistem suria secara
lisan dan bertulis di
dalam buku nota. |
||
|
|
ii. |
menerangkan
putaran dan peredaran bagi planet-planet dan satelit semujadi
pada orbit masing-masing secara lisan dan bertulis di atas
kertas yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. |
|
|
iii. |
menjawab soalan-soalan pada kertas latihan yang diberi dalam masa 5 minit. |
Strategi
Pengajaran |
: |
Direktif |
|
Penyerapan
Ilmu |
: |
Ilmu falak |
|
Kemahiran
Generik: |
|
|
|
Penerapan Nilai |
: |
i. |
Bersyukur |
: |
i. |
Membina model |
|
Media Pengajaran |
: |
i. |
Model sistem
suria |
Pengalaman
Sedia Ada |
: |
Pelajar telah mempelajari sistem suria semasa sekolah rendah peringkat darjah enam yang boleh membantu dalam pembelajaran ini. |
Langkah/Masa |
Isi
Kandungan |
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran |
Media
Pengajaran |
Kemahiran
Generik |
|
Guru |
Pelajar |
||||
Langkah
1 Set Induksi (5 minit) |
Pengenalan
Kepada Sistem Suria |
1.
Guru bertanya kepada pelajar berkenaan planet terbaru yang
ditemui. 2.
Guru bertanya tentang alat-alat yang digunakan untuk melihat
planet dan objek lain di angkasa. |
1.
Pelajar menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dan berbincang
secara ringkas. |
Gambar
Carta |
KBKK: Kecerdasan
Pelbagai: |
Langkah
2 (25 minit) (Menyediakan
bahan rangsangan) |
Sistem
suria (Planet-planet dalam Sistem Suria). |
1.
Guru mengarahkan pelajar membina model dengan kadbod dan mengumpul
maklumat berkaitan. |
1.
Pelajar menjalankan aktiviti secara berkumpulan dengan membina
model seperti cadangan dalam buku teks. |
Kertas
kadbod Pembaris
dan pensel Kertas
graf (jika perlu) |
KBKK: Nilai: Kecerdasan
Pelbagai: |
Langkah
3 (20 minit) |
|
1.
Guru meminta pelajar membuat perbandingan planet-planet lain
dengan bumi (Bumi sebagai rujukan skala) daripada model yang
telah dibuat oleh pelajar. 2.
Guru meminta pelajar menampal hasil kerja setiap kumpulan
di dalam kelas sebagai perbandingan dan bahan perbincangan. |
1.
Pelajar membuat perbandingan dengan melengkapkan kertas yang
diberi oleh guru. |
Kertas
edaran KBKK: Kecerdasan
Pelbagai: |
|
Langkah
4 (15 minit) |
|
1.
Guru meminta pelajar membuat perbincangan daripada perbandingan
yang dibuat. 2.
Guru bertindak sebagai fasilitator dan memberi rumusan yang
muktamat. |
1.
Pelajar membanding-bandingkan hasil perbincangan di antara
kumpulan dengan kumpulan lain. |
|
KBKK: Kecerdasan
Pelbagai: |
Langkah
5 (10 minit) |
Penilaian
pelajar |
1.
Guru memberikan kertas latihan. 2.
Guru membuat refleksi pengajaran dan mengesan kelemahan pengajaran
untuk pengajaran yang lebih berkesan. 1. Pelajar menjawab kertas latihan dalam masa 5 minit. 2.
Pelajar membuat refleksi dan mengesan kelemahan masing-masing
dan mengambil tindakan sewajarnya. |
Kertas
latihan |
Penilaian
kendiri Kecerdasan
Pelbagai: |