TEKNOLOGI MAKLUMAT MERENTASI KURIKULUM

 

PENGENALAN

Dalam era ledakan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan pada masa kini, pendidikan di Malaysia berkembang pesat dan semakin menghampiri sasaran negara iaitu Wawasan Negara 2020. Dalam aspek ini, teknologi maklumat (pendidikan) menjadi salah satu agen pemangkin yang mengorak langkah ke arah pembudayaan Sains dan Teknologi bagi mewujudkan masyarakat yang berkebolehan dan berkemampuan dalam bidang teknologi selaras dengan misi dan visi negara (Wan Zahid,1991).

      Teknologi maklumat sudah lama bertapak dalam sistem pendidikan di negara ini malalui apa yang dipanggil sebagai "teknologi pendidikan". Usaha-usaha membudayakan teknologi pendidikan ini sebenarnya sudah bermula secara tidak rasmi di awal tahun-tahun 1940an lagi (Naim Hj. Ahmad, 1991). Sejak itu hingga kini teknologi pendidikan telah berkembang dan mengalami pelbagai perubahan seiring dengan perubahan arus semasa. Perubahan semakin rancak dengan penggunaan komputer dan internet secara meluas dalam bidang pendidikan khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) dalam semua peringkat sistem pendidikan di negara ini. Istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan kemajuan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan hari ini ialah sebagai "  teknologi maklumat yang sudah merentasi kurikulum"

 

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Dalam konteks penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran , tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai yang terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan teknologi maklumat yang sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan teknologi maklumat dalam p&p dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran guru dan aspek pembelajaran pelajar.

Dalam konteks pengajaran, teknologi maklumat boleh digunakan sebagai alat persembahan dan alat demontrasi. Dalam konteks pembelajaran pula , penggunaan teknologi maklumat dalam p&p boleh dikategorikan sebagai :

Kertas kerja ini akan memfokuskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran.

Teknologi maklumat untuk pembelajaran tutorial

Teknologi maklumat untuk pembelajaran secara tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Alat teknologi maklumat yang selalu digunakan untuk pembelajaran secara ini ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan dalam CD-Rom, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted  Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam p&p. Kemudian istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent System pula digunakan. Perubahan ini adalah seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan. Ciri ini malahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuaikan maklumat yang disampaikan dengan kemampuan dan keperluan pelajar. 

      Dengan perkembangan teknologi maklumat atau Information comunication technology (ICT) hari ini, perisian kursus yang ada kebanyakkannya bercirikan multimedia. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional p&p, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid senagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru. Walau bagaimanapun , guru-guru haruslah berhati-hati melaksanakan pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga, menghalang penggunaan kemudahan teknologi maklumat yang lebih produktif serta lain-lain masalah lagi yang mungkin timbul

      Sebelum guru menggunakan pendekatan ini, perkara berikut perlu diberi pertimbangan iaitu ada perisian pendidikan yang sesuai dan guru perlu menilai terlebih dahulu perisian itu.  Selain itu perlulah juga mempunyai peralatan teknologi maklumat yang sesuai untuk melaksanakan perisian dan kemahiran mengendalikannya. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan teknologi maklumat ini dalam p&p, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara seperti lokasi peralatan teknologi maklumat yang hendak digunakan, penggunaan secara berkumpulan atau indidvidu serta   penggunaan di dalam  atau di luar waktu persekolahan.

 

Teknologi maklumat untuk pembelajaran  penerokaan

Penggunaan teknologi maklumat untuk pembelajaran secara penerokaan berlaku apabila teknologi maklumat digunakan sebagai medium untuk:

      Dalam pembelajaran penerokaan, pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui teknologi maklumat. Ini berbeza dengan pembelajaran secara tutorial di mana pelajar hanya menerima  bahan pelajaran yang dikawal  dan ditentukan oleh sistem. Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina  melalui interaksi sosial. Sebagai contoh :

       Bagi mengatasi masalah lambat capaian , guru boleh meminta  bantuan guru lain yang mahir komputer untuk membuat pendua kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan mrnggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack (perisian ini termasuk dalam kategori freeware dan boleh dimuat turun daripada laman utamanya di http://www.httrack.com). Selain daripada mengakses maklumat terus daripada internet, guru juga boleh menggunakan maklumat  yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensaiklopedia, pengkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran penerokaan memakan masa yang agak panjang.

      Teknologi maklumat sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi seperti pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan dengan kajian masa depan serta juga aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi. Antara kelebihan mengguna teknologi maklumat untuk kaedah ini adalah seperti memberi peluang kepada pelajar menentukan haluan dan kemajuan pelajaran masing-masing dan mendorong pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran.

 

Teknologi maklumat sebagai alat aplikasi

Teknologi maklumat  dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat p&p. Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh pelajar dalam menghasilkan karangan atau menggunakan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat  aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.

      Di kalangan guru, ada beranggapan bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam konteks di atas tercapai bila pelajar dapat menyediakan karangan dengan menggunakan pemprosesan perkataan. Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya komputer dan pemproses perkataan adalah seperti mesin taip sahaja. Bagaimanapun , apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemprosesan perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan teknologi maklumat telah digunakan secara manfaat.

      Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini , pelajar dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Contohnya dalam satu eksperimen yang telah dilakukan pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Mungkin banyak graf perlu diplot supaya perkaitan antaranya dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan perlu diberi kepada melihat perkaitan antara dua pemboleh ubah itu. Tugas membina graf mungkin memesongkan tumpuan pelajar  daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan untuk membantu pelajar membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah tersebut.

      Satu lagi contoh situasi lain ialah seorang pelajar (dalam apa juga subjek yang berkaitan) mungkin perlu mengelas dan menyisih data yang banyak untuk melihat sesuatu trenda dalam data itu. Teknologi maklumat ialah alat yang ideal untuk diguna bagi tugas yang tidak autentik (iaitu mengelas dan menyisih data yang banyak) manakala pelajar itu boleh menumpukan  sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu melihat dan memikirkan berkenaan trenda yang ada dalam data itu)

 

Teknologi maklumat sebagai alat pemudah komunikasi

Teknologi maklumat dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan pelajar   dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar , menerima dan berkongsi maklumat yang berbagai bentuk. Kemajuan teknologi maklumat pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik , audio , video atau kombinasi pelbagai mod.  Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui teknologi maklumat iaitu :

      Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupayaan teknologi maklumat sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif. Selain itu, kebolehan komunikasi global melalui teknologi maklumat  membolehkan pelajar bertukar maklumat berhubung budaya, dan geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman mereka. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.

      Secara tradisi, hampir semua guru mahu pelajar mereka memberikan perhatian sepenuhnya  kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan pelajar terlalu banyak bertanya atau bercakap sesama mereka dianggap sebagai menggangu pembelajaran. Walau bagaimanapun, teori pendidikan terkini mengkehendaki pelajar menguasai kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahiran yang berupaya meningkatkan keyakinan pelajar terhadap diri mereka dan seterusnya membantu pembelajaran. Di antara kelebihan menggunakan teknologi maklumat sebagai alat pemudah komunikasi adalah bagi membolehkan pembelajaran secara kolaboratif, meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui 'peer group' yang bersifat global serta juga boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.

 

RUMUSAN

Kecanggihan kemudahan teknologi maklumat  yang terdapat di sekolah-sekolah pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang memiliki bilangan komputer yang banyak ,  dan ada yang memiliki hanya satu atau set komputer sahaja. Ada yang meletakkan komputer di bilik darjah, ada juga yang meletakkan semuanya di makmal. Ada yang memiliki sambungan kepada internet , ada yang tidak. Guru-guru yang ingin marancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat   haruslah terlebih dahulu mengetahui tahap keupayaan infrastruktur teknologi maklumat yang terdapat di sekolah masing-masing . Ini bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai dengan objektif pembelajaran. Selaras dengan konsep teknologi maklumat merentasi kurikulum para pendidik perlu diberi pendedahan secukupnya mengenai segala aspek teknologi maklumat termasuk peralatan, bahan dan sumber, pengurusan, penyelenggaraan, pendekatan sistem dan sebagainya.

 

RUJUKAN

 

Naim Haji Ahmad. 1991. Pembudayaan Teknologi Pendidikan Ke Arah Kecemerlangan: Antara Peranan dan

      Strategi Agen Perubahan. Kertas kerja seminar penerapan dan pembudayaan teknologi pendidikan.

      Institut Aminudin Baki.

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. 2001. Pusat

      Perkembangan Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia . 1988. Perlembagaan Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.

      Kuala Lumpur : PTPM.

Wan Zahid Noordin. 1991. Ucapan Dasar Perasmian Seminar Teknologi Pendidikan ke 3 Persatuan Teknologi

      Pendidikan Malaysia di Melaka, 5 Julai 1991.